Kecoh di bilik mayat Kugan Ananthan

Anggota keluarga menafikan mereka membuat kecoh di bilik mayat Hospital Serdang . Sebaliknya mereka cuma merayu untuk melihat mayat Kugan setelah lapan jam menunggu. Mereka tidak dimaklum dalam tempoh 24 jam sesudah mati . Anggota keluarga berharap bedah siasat kedua dijalankan untuk memuaskan hati semua pihak.

Peguam N.Surendran menyatakan laporan daripada atendan Hospital Serdang jelas mengatakan bahawa pintu bilik mayat telah dibuka untuk membolehkan anggota keluarga mangsa masuk. Waris si mati berhak dan mempunyai kuasa ke atas mayat si mati. Ahli keluarga berhak untuk melihat, mengambil gambar atau membuat apa yang mereka mahukan. Mengikut undang-undang, mayat si mati adalah milik keluarga atau waris si mati. Keterangan wartawan dari akhbar Tamil Nesan dan akhbar Makkal Osai, serta editor Tamil Nesan turut diambil.Kes itu disiasat di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi jenayah intimidasi.

Datuk S. K. Devamany dan T. Mohan memberi keterangan di Balai Polis Sepang jam 4.15 petang 25 Januari 2009.Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut berada di Balai Polis Sepang.Tidak asa pencerobohan bilik mayat kerana pegawai perubatan yang membenarkan kami masuk selepas diminta oleh ahli keluarga. Rakaman video turut diserahkan kepada pegawai polis. Manikavasagam ditemani oleh peguamnya, M. Manogaran semasa soal siasat.[4]

Ahli Parlimen Kelang, Charles Santiago mengkritik Khalid Abu Bakar yang dilihat cuba melindungi pegawainya dan berkeras menyatakan punca kematian ialah kesusahan bernafas.[5] Rakaman video terhadap mayat Kugan jelas menunjukkan ada kesan calar yang serius. Ini bukanlah kali pertama berlaku kepada tahanan dalam lokap.[6]